CarrieSteele |
(Jangan Baca! Jika tidak bersedia, Anda akan berada di zon yang tidak selesa!)
Carrie Steele, who
drinks, washes her face and brushes her teeth with her own urine. After years
of serious ill health Carrie Steele has come up with an unusual solution -
drinking her own urine.
CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser
yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan
beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit
pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam.
Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika
Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu.
Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri
setiap hari dan dia
menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.
Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila
pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana
berasakan dia boleh melakukan perkara itu.
Ibu kepada empat orang anak ini disahkan menghidap kanser
melanoma malignan peringkat ketiga lapan tahun lalu. Sejak itu dia berbuat apa
sahaja termasuk meminum air kencingnya sendiri dengan harapan ia dapat
membantunya melawan hukuman maut itu.
"Pelbagai jenis perasa yang saya dapati apabila
meminum air kencing. Semuanya bergantung kepada makanan yang saya ambil. Ia
tidak berbau dan rasanya berbeza berbanding empat tahun lalu.
"Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa
seperti air lemon tetapi itu semua bergantung kepada apa yang saya makan. Saya
juga dapat merasai pelbagai rasa makanan yang keluar dari badan saya melalui
rasa air kencing saya itu.
"Saya gemarkan asparagus tetapi saya tidak akan
memakannya lagi kerana ia membuatkan air kencing saya rasa sangat pelik,"
ujarnya.
Tambahnya, dia bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi
dia juga menggunakan air kencingnya itu untuk berkumur dan memberus giginya
selain menjadikan air kencingnya itu sebagai minyak yang disapukan di seluruh
badannya.
"Saya mendedahkan tabiat pelik saya ini bersama
rakan, Denise dan dia kelihatan tenang apabila saya memberitahu rahsia itu.
Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari badan saya.
"Apabila saya menjemputnya untuk melihat sendiri
kebenarannya, Denise mengelak dan dia percaya dengan apa sahaja yang ceritakan
tentang tabiat pelik itu tetapi dia tidak berhasrat untuk melihat sendiri saya
meminum air kencing saya," jelasnya.
Salah seorang anak perempuannya pula memberitahu, air
kencing merupakan bahan buangan daripada badan dan ia bahan yang tidak lagi
diingini. Tubuh menyingkirkan segala kotoran tidak sihat kepada badan selain ia
pernah digunakan untuk tujuan perubatan oleh manusia pada Tamadun China dan
India.
Bagaimanapun, dalam laporan The Independent pada tahun
2006, pakar-pakar perubatan menafikan dakwaan air kencing boleh membantu dalam
proses penyembuhan dan tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.
Sementara itu, seorang pakar pemakanan di Universiti
Southampton, Britain, Dr. Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang
yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah sebagai mengarut
dan tidak boleh dipercayai.
Wakil Persatuan Dietetik Britain, Helen Andrews pula
berkata, tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing
sendiri sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat.
"Setiap kali anda meletakkan ia kembali, ia akan
keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh
merosakkan usus," beritahu beliau.
[Sumber]
Emmm......Yummy!
No comments:
Post a Comment