Thursday, February 14, 2013

Sambutan TBC: Pengacara Pula Memalukan Najib




Dalam usaha meraih sokongan daripada (dianggarkan) 80,000  penonton di Konset Majlis Sambutan TBC kelmarin, Najib dimalukan oleh ribuan rakyat Pulau Pinang yang menolak BN secara terang-terangan  apabila memberikan jawapan 'NO' kepada soalan Najib yang berbunyi 'Are U ready for BN', Perdana Menteri juga telah dimalukan pula oleh bintang K-Pop Korea, PSY.

PSY enggan naik ke pentas untuk bersama-sama Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah bersama beberapa pemimpin BN untuk upacara tradisi menggaul 'yee-sang' dalam konsert sempena sambutan Tahun Baru Cina itu.

Komen beberapa blogger menyebut bahawa PSY telah menerima jemputan Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama beliau mengelak daripada dijadikan alat politik Umno BN.

Pernah dengar pepatah ini?
Kita boleh menarik lembu ke gigi air...
Tapi kita tidak boleh memaksanya untuk minum.

Video ini ada jawapannya…


No comments:

Post a Comment