SELEPAS
pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir seminggu gagal dihubungi, penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah
terkilan dengan tindakan ayahnya, ND Lala membuat laporan polis mendakwa dia
hilang.
Shila
juga menegaskan, dia tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan.
Semalam,
ND Lala membuat laporan polis setelah gagal menemui anak gadisnya itu. Tengah
hari tadi polis Kajang mengesahkan Shila sudah ditemui dengan selamat oleh
bapanya.
Shila
menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan dirinya dalam status laman mikro
Twitter yang dikemas kini petang tadi.
"Awak
tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri. Saya cuma
perlukan ketenangan fikiran, jauh dari orang-orang ini.
"Kenapa
saya tak boleh? Beritahu saya," tulis Shila pada jam 4.32 petang tadi.
Shila
juga menegaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak hilang.
"Sekali
lagi, Sha tak hilang," tulisnya lagi.
Melalui
tweetnya juga, Shila difahamkan kini berada di Pulau Pinang bagi persembahannya
pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), esok.
"Saya
suka berada di Pulau Pinang... terasa seperti di rumah," tulisnya jam
10.04 malam tadi.
Juara
Asian Wave ini juga tidak bersetuju dengan tindakan ND Lala yang membuat
laporan polis berhubung kehilangannya.
"Laporan
polis itu memang tidak seharusnya berlaku. Sigh (mengeluh)," tulisnya
dalam mesej terbaru sekitar jam 10.20 malam.
Berhubung
kehilangannya, Shila dikatakan hanya menghantar satu pesanan kepada keluarganya
yang mengatakan dirinya selamat.
Namun, penyanyi ini menafikannya melalui interaksi dengan peminat.
"Lebih baik jika awak menghubungi ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan perkara yang sama. Mereka cuma risaukan awak. Selamat, berada di rumah," tulis @dalyna88.
Shila membalas, "saya melakukannya setiap hari." -SH
Namun, penyanyi ini menafikannya melalui interaksi dengan peminat.
"Lebih baik jika awak menghubungi ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan perkara yang sama. Mereka cuma risaukan awak. Selamat, berada di rumah," tulis @dalyna88.
Shila membalas, "saya melakukannya setiap hari." -SH
No comments:
Post a Comment