Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar perbualan para pengunjung yang
memenuhi kawasan belakang padang Kolej Han Chiang semasa sambutan rumah terbukaTahun Baru Cina BN Pulau Pinang hari ini.
Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.
Najib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut "Ya" dengan bersemangat.
Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk "BN".
Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut "Tidak" dan tertawa.
Mereka turut ketawa bila Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama "Han Niang", apabila mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada universiti kolej.

Hadirin berkenaan turut ketawa
apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk
menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.
Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas. - HM

No comments:
Post a Comment