KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau
Pinang esok.
Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan
penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, ParkJae-sang atau PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan
Shila Amzah pada Isnin.
Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka TahunBaharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.
Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu
yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.
"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di
Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau
Pinang menyaksikan persembahan Psy Oppa
dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.
Esok, Najib akan menghadiri beberapa acara seperti Rumah
Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Majlis Minum Petang bersama pemimpin
masyarakat Cina. – Bernama
....Alaa sesekali nak berhibur lah sket... takkan tak boleyy kot!. Toksah la bising sangat, Semenjak dua menjak ni.. Dah penat keliling satu Malaya aku pusing, bagi tu, bagi ni... sampai ke Gaza pon aku pegi tau! Korang neh tak tau bersyukur ke? ni pun banyak lagi duit ni, tak tau macamana lagi nak perabih!
Kata Aku: Aku pun teruja gak... teruja nak ngundi!
No comments:
Post a Comment