Antara ciri-ciri lelaki yang 'awsome' dan boleh dibuat calon suami...
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah
sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah
zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait
sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari
Bangsar ke KLIA?. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang
mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh
mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah
lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun
setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah
sampai menipu kata nak pergi Mydin, tapi pergi mengorat jiran kat taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi
bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan
orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok,
“Ehemm..ramainya kawan laki2 kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu
matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak
bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia
mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu
2 kali. Sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok
Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada
kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia
tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari
malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je
walaupun bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar
lelaki jenis ini! hehe.. :)
No comments:
Post a Comment