Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa
mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di
atas mimbar,
Sabdanya:Hendaklah orang-orang yang
suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati
mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?
Huraian Hadith:
1) Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat
jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang
meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka
bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.
2) Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya
lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin
sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
3) Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah
mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i
sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.
4) Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di
sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka
mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam
beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib
dipelihara demi menjaga kesucian agama.
Hadith Riwayat: (Muslim)
[sumber]
No comments:
Post a Comment