Sunday, February 3, 2013

Profile: David Beckham



David Beckham
Zaman kanak-kanak dan kerjaya awal

Beckham dilahirkan di Hospital Whipps Cross di Leytonstone, Timur London, England. Bapanya bernama David Edward Alan "Ted" Beckham, seorang peminat Manchester United dan ibunya Sandra Georgina West. Beckham kerap bermain bola di Ridgeway Park, Chingford semasa kecil.

Beliau bersekolah di Chase Lane Primary School dan Chingford Foundation School. Keluarga sebelah ibunya berdarah Yahudi dan beliau merujuk dirinya sebagai separuh Yahudi serta bercakap mengenai pengaruh agama itu ke atas dirinya walaupun beliau tidak mengamalkan agama Yahudi. Dalam bukunya Both Feet on the Ground, Beckham menulis mengenai datang ke gereja bersama ibu bapanya dan adik-beradik perempuan beliau.

Budak Ajaib
Ibu bapa beliau adalah penyokong fanatik Manchester United dan Beckham mewarisi minat tersebut serta kegilaan bermain bola. Beliau masuk dalam salah satu sekolah bolasepak Bobby Charlton di Manchester dan berpeluang mengambil bahagian dalam sesi latihan di FC Barcelona sebagai satu daripada pertandingan mencari bakat.

Beliau bermain dalam pasukan remaja tempatan bernama Ridgeway Rovers yang dilatih oleh bapanya, Stuart Underwood dan Steve Kirby.

Beliau adalah moskot Manchester United dalam perlawanan menentang West Ham United pada tahun 1986. Semasa dua tahun beliau bermain untuk pasukan remaja Brimsdown Rovers, beliau dinobatkan sebagai Pemain Tahun 1990 Bawah 15.

Beliau memasuki Bradenton Preparatory Academy, tetapi pada harijadinya yang ke-14, menandatangani kontrak untuk Manchester United pada 18 Julai 1991.

Manchester United (1993-2003)

Young
Beliau adalah salah seorang dari kumpulan pemain muda di kelab yang membantu kelab memenangi FA Youth Cup pada bulan Mei 1992 selepas menewaskan Crystal Palace F.C.

Selepas meninggalkan Manchester United, beliau menandatangai kontak 4 tahun untuk bermain dengan Real Madrid yang berakhir pada bulan Jun 2007.

Pada 11 Januari 2007, Beckham menandatangani kontrak 5 tahun yang ditawarkan kelab Amerika Syarikat LA Galaxy dan mula bermain untuk kelab barunya pada Ogos setelah kontraknya di Real Madrid berakhir.

Beliau bermain menentang New York Red Bulls di hadapan 66,237 penonton di Giants Stadium yang menyaksikan kehadiran tertinggi pernah dicatat dalam sejarah musim itu.

NFL (2007-kini)

Pada 26 Jun, kempen iklan di Amerika Syarikat Beckham disiarkan melalui laman web. "Futbol Meets Football" menggandingkan beliau bersama pemain NFL Reggie Bush dalam 13 siri video. Pada 18 November, akhbar The Observer and BBC News melaporkan yang perbincangan sedang berlangsung di antara pihak pengurusan Beckham dan San Francisco untuk Beckham bermain dalam NFL.

Beck
Kerjaya antarabangsa (1996-kini)

Kemunculan pertama Beckham untuk pasukan bola sepak kebangsaan England adalah pada 1 September 1996, pada pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Moldova. Dia secara automatik menjadi pemain pilihan dalam kelabnya apabila dia membantu United mengekalkan kejuaraan Liga Premier musim 1996–1997, dan diundi sebagai PFA Young Player of the Year oleh rakan2nya.

Beckham bermain dalam semua perlawanan pusingan kelayakan untuk Piala Dunia 1998. Dia juga merupakan ahli skuad bola sepak England pada Piala Dunia di Perancis,  namun pengurus pasukan ketika itu, Glenn Hoddle menuduhnya sebagai tidak menumpukan perhatiannya pada perlawanan itu. Kerana itu, Beckham tidak bermain dalam dua perlawanan pertama England.

Pada perlawanan ke-3, dia terpilih untuk bermain dalam skuad itu dan membuktikan kesungguhannya apabila sepakan percuma jarak jauhnya memberi gol pada England. Perlawanan itu adalah antara England dengan Colombia dan ia berakhir dengan kemenangan 2–0. Gol yang luar biasa itu merupakan gol pertamanya untuk England.

OMG
Dalam pertandingan yang sama, pada pusingan ke-2, saingan 16 pasukan, Beckham mendapat kad merah dalam perlawanan menentang Argentina. Beckham dikatakan menendang kaki Diego Simeone selepas Simeone melakukan kekasaran terhadapnya. Setelah lama insiden itu terjadi, Simeone mengaku telah merancang bersama2 rakannya untuk mengeluarkan Beckham dari permainan dan kesakitan yang dialaminya hanyalah lakonan semata2. Beckham terus dikritik hebat selepas itu.

England kalah dalam perlawanan itu apabila mereka hanya seri dengan Argentina, dan kalah dalam penentuan sepakan penalti. Ramai penyokong dan wartawan sukan menyalahkan Beckham sebagai penyebab dan mereka gagal menjulang piala yang berprestij itu pada tahun itu.

Akhabar Daily Mirror menyiarkan gambar papan dart dengan terpampang mukanya di tengah2 papan itu, manakala sebuah patung menyerupai Beckham telah diletakkan di depan pintu masuk sebuah pub di London. Beckham juga menerima ugutan bunuh dan surat layang selepas peristiwa itu.

Amik Kau!
Ugutan yang Beckham terima daripada para penyokong meningkat semasa Portugal mengalahkan England 3–2 dalam Euro 2000, dalan perlawanan itu beliau menjaringkan 2 gol, apabila sekumpulan penyokong England mengejek dan menghinanya disepanjang perlawanan.

Beckham membalas dengan mengisyaratkan jari tengahnya. Isyarat tersebut juga dikritik hebat.  Kebanyakan akhbar telah menasihatkan para pembaca untuk berhenti daripada menghinanya.

Karier
Di musim 1994/1995 David Beckham di serap masuk keskuad senior Manchester United, hal ini mendapat banyak kritikan kerana pada masa itu beliau masih terlalu muda. Tapi di akhir musim, Beckham membuktikan pilihan pengurus Alex Ferguson tepat dengan memenangi Premiership dan FA Cup.

Pada musim 1998/1999, Manchester United berjaya meraih gelaran treble: Premiership, FA Cup, dan Liga Juara2. Gelaran Liga Juara2 yang dimenangi sangatlah dramatik. Dalam perlawanan akhir menentang pasukan Bayern Munich, Manchester United ketinggalan 0-1 pada minit ke-89. Disaat penyokong Bayern Munich telahpun mula berpesta, keajaiban terjadi apabila Teddy Sheringham berjaya menyamakan kedudukan hasil tendangan sudut Beckham.

Ikon
Lebih kurang 30saat selepas sepakmula, Manchester United mendapat satu lagu tendangan penjuru. David Beckham mengambil tendangan penjuru itu dan umpanannya berjaya dimanfaatkan Ole Gunnar Solskjaer.

Beckham dikekalkan sebagai kapten pasukan England pada tahun 2000, dan bermain dalam kelayakan Piala Dunia, termasuklah ketika menewaskan Jerman. Dalam perlawanan terakhir kumpulan kelayakan itu, England hanya memerlukan sekurang2nya 1 mata bertemu Greece untuk melayakkan England ke perlawanan akhir Piala Dunia. England ketinggalan 2-1 kepada Greece kerana England bermain tidak begitu baik, Beckham menjadi inspirasi pasukan.

Apabila permainan masuk keminit2 terakhir, Teddy Sheringham telah dikasari oleh pemain Greece dijarak 8 ela dari pintu gol. England diberikan tendangan percuma dan Beckham mengambil tendangan bebas itu. Teknik tendangan Beckham yang melencong itu berjaya memperdayakan penjaga gol Greece Antonis Nikopolidis.

The Expertist
Pada tahun ini Beckham menjadi BBC Sports Personality of the Year dan terpilih peringkat dua Pemain Terbaik Dunia, tetapi kalah kepada Luis Figo.

Pada 10 April 2002 ia tercedera metatarsal setelah diterjah pemain Deportivo La Coruna, Aldo Duscher. Beckham disahkan tidak boleh bermain sehingga akhir musim, hal ini membuat peminat England cemas, kerana pada ketika itu ia sedang berada di puncak prestasinya. Bimbang jika Beckham tidak dapat bermain di Piala Dunia.

Beliau bermain disemua perlawanan di Piala Dunia 2002, Dia juga menjaringkan gol ke gawang Argentina melalui tendangan penalti, sekali gus membalas dendamnya kepada Argentina. Kerana gol Beckham, Argentina tersingkir dari Piala Dunia 2002. Kemaraan England disuku akhir tersekat setelah ditunjukkan jalan pulang oleh Brazil yang menang tipis ke atas England 2-1.

Pada musim 2002 hubungan Beckham dengan pengurus Sir Alex Ferguson dingin selepas Ferguson naik angin ketika Manchester United kalah kepada Arsenal. Di dalam bilik persalinan Ferguson telah menendang boot bola dan singgah di kening Beckham. Akibat insiden ini, kening Beckham menerima 13 jahitan.

Pada 12 Jun 2002 Beckham mendapat gelaran OBE (order of the british empire) dari Ratu England, Queen Elizabeth.

The Ikon
Real Madrid, Euro 2004, LA Galaxy, AC Milan

Di awal musim 2003/2004 dia dijual ke Real Madrid dengan harga 35 Juta Euro. Di sana ia memakai nombor 23. Di Real Madrid Beckham dengan cepat menjadi popular dan menjadi idola para peminat di Real Madrid. Di Euro 2004 dia bermain kesemua perlawanan.

Pada musim kedua dan ketiga, Beckham gagal membantu Real Madrid meraih gelaran, tapi ia masih lagi menjadi pilihan utama. Dia juga membantu England untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. Di musim ke-4 nya di Real Madrid, Beckham mula sisihkan pengurus Fabio Capello yang lebih suka menurunkan Jose Antonio Reyes.

Berkat kesabaran dan kerajinannya yang gigih berusaha memberikan penampilkan yang terbaik, memikat pengurus England Steve McClaren untuk kembali bersama skuad kebangsaan England. Kecemerlangan di akhir musim, Beckham berjaya membantu Real Madrid menjulang juara La Liga 2006/2007.

The Master Piece
Piala Dunia 2006

Piala dunia 2006, England membawa banyak pemain muda yang berbakat. Diperingkat kumpulan, pasukan England berjaya menewaskan Paraguay 1-0, kemudian menang menentang Trinidad & Tobago 2-0 hasil jaringan Peter Crouch yang memanfaatkan umpanan Beckham dan membantu Steven Gerrard mencetak gol. Seterusnya seri 2-2 menentang Sweden.

Diperingkat suku akhir, Beckham berjaya menjaringkan 1 gol hasil daripada tendangan percuma ketika menewaskan Ecuador. Sebelum permainan berakhir malang menimpa Beckham kerana mengalami muntah2.

Diperingkat seterusnya ketika bertemu pasukan Portugal, England tewas dengan penentuan sepakan penalti 3-1 kepada Portugal setelah seri 0-0 permainan masa sebenar. Sehari selepas tersingkir Beckham mengatakan hasrat untuk bersara. Setelah pengurusan diambilalih Steve McClaren, Beckham tidak dipanggil hingga bulan Mei 2007.

LA Galaxy
Pada 11 Januari 2007, Beckham menanda- tangani kontrak lima tahun bersama kelab Amerika Syarikat LA Galaxy. Dalam tempoh rehat MLS, AC Milan mengumumkan hasrat untuk meminjam Beckham dari bulan Januari 2009.

Banyak spekulasi yang menyatakan bahawa ini adalah signal dan keinginan beliau untuk berhijrah dari MLS, tetapi Beckham menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan MLS dan akan kembali ke Galaxy pada awal 2009.

Pada 30 Oktober 2008, hasrat Milan untuk meminjam Beckham berjaya dan Beckham menyertai Milan pada 7 Maac 2009.

Bersama AC Milan
Sehingga sekarang Beckham masih lagi bermain untuk LA Galaxy, walaupun banyak kelab yang berminat dengannya, tetapi Beckham menolak kerana keluarganya selesa menjalani kehidupan di LA.

Berita Terkini: Beck masih sayangkan United sebenarnya...

David Beckham mendedahkan, dia menolak tawaran untuk kembali ke kancah Liga Perdana semata-mata kerana tidak sampai hati bersemuka Manchester United. Beckham yang dilaporkan menerima tawaran di serata dunia, difahamkan cuba dilamar pasangan kelab London, West Ham dan Queens Park Rangers.

Namun, dia akhirnya memilih PSG untuk menunjukkan kesetiaannya kepada United, kelab di mana dia membesar dan berperanan mengembangkan bakatnya sehingga menjadi pemain bertaraf dunia.

David Beckham menunjukkan jersi pasukan barunya sambil diperhatikan pemilik PGS, Nasser Al-Khelaifi (kanan)

Jelas Beckham: Saya banyak mengecapi kejayaan bersama Manchester United dan selama ini saya sering nyatakan bahawa saya tidak akan bermain lagi untuk mana-mana kelab Inggeris.

Saya memiliki banyak sejarah bersama Manchester United. Mereka adalah pasukan yang saya sokong dan saya impikan untuk sertai.

Adalah menjadi penghormatan besar untuk saya mendapat tawaran daripada pasukan-pasukan Liga Perdana.

Namun, melainkan Manchester United, saya tidak mahu bermain untuk mana-mana pasukan Liga Perdana. Saya tidak sampai hati melakukannya."

The Bos with Beck
Fergie tak sangka Beckham pilih PSG
Alex Ferguson mengakui terkejut melihat bekas anak buahnya di Manchester United, David Beckham menyertai Paris St. Germain.

Beckham memburu kelab baharu sejak meninggalkan LA Galaxy, November lalu sebelum akhirnya menolak beberapa tawaran kelab Liga Perdana selain lamaran lumayan dari serata dunia untuk menyertai gergasi Perancis itu pada hari terakhir perpindahan pemain Januari kelmarin.

Ferguson tidak merasakan Beckham akan kembali ke Liga Perdana kerana sebelum ini pernah menyatakan dia tidak akan bermain untuk mana-mana kelab Inggeris melainkan United.

Namun, pengurus Red Devils itu terkejut apabila bekas kapten England berusia 37 tahun itu memilih PSG.

"Ia satu kejutan. Saya tidak menjangkanya. Saya tidak fikir dia akan menyertai sebuah kelab Inggeris.

"Selama ini dia menyatakan tidak akan berbuat demikian selepas kariernya bersama United dan dia memang memegang pada kata-katanya.

"Namun saya tidak sama sekali merasakan sesiapa menjangkakan dia ke PSG," kata Fergie kepada MUTV. - AFP  [Artikal penuh di sini]

Penyedap Beck

Di luar sepak bola

Tahun 1997 Beckham memulakan hubungannya dengan Victoria Adams, yang dikenali sebagai ahli band Spice Girls, Dan pada musim 1999 beliau berkahwin dengan Victoria di Ireland pada tarikh 4 Julai 1999. Dari hasil perkahwinannya, ia mendapat 3 orang anak laki-laki yang diberi nama Brokklyn Joseph (lahir 4 Mac 1999), Romeo James (lahir 1 September 2002), dan Cruz David (lahir 20 Februari 2005), dan seorang anak perempuan bernama Harper Seven (10 Julai 2011).

Dia membeli rumah yang kerana saiz dan kemegahannya dikenali dengan nama Beckingham Palace sebagai anekdot dari Buckingham Palace, yang di dalam rumahnya diperkerjakan lebih dari 400 orang.




  
Pada Januari 2005, Beckham menjadi ikon organisasi anak sedunia, UNICEF. Dia juga bekerjasama dengan beberapa artis terkenal seperti Robbie Williams, Snoop Dogg, dan Tom Cruise. ...abis dah....

@next post C. Ronaldo


No comments:

Post a Comment