Tuesday, July 2, 2013

Awas Bila Kereta DiSondol Orang




Sondol belakang curi kereta

Kejadian langgar dan samun semakin menjadi-jadi apabila seorang lagi mangsa kerugian kira-kira RM80,000 selepas kereta Peugeot 208 dan wang tunai RM1,000 dilarikan dua lelaki dalam kejadian di Bukit Jalil di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun memandu seorang diri dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Puchong.

Mangsa, Shakir Abd Aziz, 25, yang bekerja di sebuah pasar raya di sini berkata, kejadian itu hanya disedari selepas sebuah kereta Honda City yang berada di belakang tiba-tiba melanggar keretanya.

“Saya keluar dari kenderaan untuk melihat kerosakan sebelum dua lelaki menaiki kereta Honda itu turut memberhentikan kereta mereka di tepi jalan di lokasi kejadian.

“Saya cuba minta mereka membayar ganti rugi kerana kerosakan teruk dialami namun lelaki itu memaki hamunnya,” katanya di sini, semalam.

Katanya, selepas beberapa minit, seorang daripada lelaki itu berlari mengambil parang dari dalam kereta sebelum mengacukan ke arahnya.

“Terkejut dengan tindakan itu, saya cuba berlari masuk ke dalam kereta tetapi tidak sempat apabila seorang daripadanya terlebih dahulu masuk ke dalam kereta saya.

“Mereka memecut menghala ke arah pusat bandar raya meninggalkan saya di tepi jalan,” katanya yang meminta bantuan pemandu teksi untuk menghantarnya membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Menurutnya, akibat kejadian itu, dia kerugian RM80,000 selepas kereta yang baru dibeli setahun lalu dan wang tunai RM1,000 dilarikan lelaki terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan menerima laporan.

@Modus operandi yang sama. Cara mudah untuk merampok. Lebih malang pernah berlaku pada kaum Hawa. Malang yang berganda. Sudahlah kereta dilanggar, malah diculik pula. Duit dirampas.

Cukup dengan itu? Belum lagi… dengan pisau diperut, pakaian dilondehkan, dipaksa meng ‘oral’ pulak… dahlah tak basuh! Bayangkan apa berlaku selepas itu? Bak kata Nabil, Lu pikirlah sendiri..

Bagi muslim/muslimah, pertama-tama mintalah perlindungan dan pertolongan dari Allah yang MAHA pengasih lagi penyayang.. amalkan doa ini;

DOA MENAIKI KENDERAAN


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا ڪُنَّا لَهُ ۥ مُقۡرِنِين
  وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُون  
"Subhanallazi Sahharolana Haza Wama Kunnalahu Mukrinin,
Wa Inna Ila Rabbana Lamun qolibuun.." 

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)

Wallahu a'lam.







No comments:

Post a Comment