Macam-macam teknik
untuk mencuri. Mungkin ada dua sebab:
1). Terdesak 2).
Sebagai hoby.
Apa yang dipraktikkan
oleh pasaraya besar menempatkan ‘detektif dalaman’ untuk benteras golongan ini.
Seseorang pelanggan tidak dianggap ‘mencuri’ selagi berada di dalam premis dan
selagi tidak melepasi kaunter bayaran.
Bertudung litup tidak mencerminkan pekerti yang baik, oleh itu pesanan pada diri ini dan saudaraku sekelian, jangan percayakan sesiapapun kecuali Rasulullah SAW.
8 tin dalam kain
Kuantan: Lima wanita lengkap berbaju
kurung dan bertudung nekad menyembunyikan lapan tin susu bayi dalam kain mereka
ketika mencuri di sebuah pasar raya mengakibatkan kerugian RM634 di Jalan
Sungai Lembing, di sini, jam 8 malam kelmarin.
Gelagat mencurigakan lima wanita
terbabit masing-masing berusia 50 tahun yang dibantu tiga lelaki berusia 40
tahun dirakam kamera litar tertutup (CCTV) termasuk dua daripada suspek sempat
memukul serta menolak seorang pekerja premis itu, Foon Koon Lan berusia 33
tahun.
Difahamkan, suspek memukul serta
menolak mangsa selepas wanita itu dikatakan menjerit sekuat hati meminta
bantuan orang awam ketika suspek berjalan keluar dari pasar raya.
Menceritakan semula kejadian itu,
Foon berkata, sebelum itu, dia yang berada di kaunter premis berkenaan melihat
lima wanita terbabit masuk secara bergilir sambil diekori tiga lelaki terbabit
dan menyangka adalah pelanggan.
“Bagaimanapun, selepas itu saya
lihat suspek keluar dan masuk semula beberapa minit kemudian menyebabkan saya
curiga dengan pergerakan mereka sebelum melihat rakaman CCTV.
“Saya terkejut apabila rakaman
pertama menunjukkan suspek wanita yang berbaju kurung bersama seorang lelaki
memakai topi berwarna merah bercampur biru melihat ke kiri seperti memerhatikan
keadaan sekeliling ketika berdiri di tepi rak.
“Selepas itu, wanita terbabit yang
berseorangan berjalan ke rak lain di bahagian susu bayi sebelum saya melihat
suspek menyumbat tin susu berkenaan ke dalam kain,” katanya.
Menurutnya, dalam rakaman sama,
rakan kepada suspek pertama yang memakai baju kemeja bersama seorang wanita
bertudung merah jambu bercampur putih menarik susu sebelum menyumbat dalam
baju.
Katanya, selepas melihat rakaman
berkenaan dia cuba menghalang suspek yang berjalan sambil membawa tin susu
sebelum suspek memukul dan menolaknya.
Foon berkata, suspek bertindak
demikian kerana terkejut mendengar jeritannya meminta bantuan orang awam
sebelum semua suspek bergegas melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.
“Saya bersama seorang lagi rakan
sekerja gagal menahan penjenayah terbabit kerana semua suspek cukup agresif
termasuk wanita berkenaan manakala jeritan saya langsung tidak didengar orang
awam, “ katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis
Daerah Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi, di sini, semalam
mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang dipercayai sindiket
‘Geng Susu Kangkang’.
Ini contoh modus operandi mereka.. Video kes terbaru mungkin berada dalam simpanan pihak polis. Apapun... Jom tengok perangai diaorang!
Rakaman CCTV - Curi CPU letak celah
kangkang. Nasib baik cashier tak disumbatnya sekali...
No comments:
Post a Comment